Pages

nuffnang

Thursday, March 3, 2011

Badan berangin.

Badan berangin? Macam mana ek? Badan tu di taruk minyak yang berangin atau badan tu di letak di tepi pantai yang anginnya meniup niup manja di waktu petang di hujung minggu?

Heh?

Tak dek lah sampai macam tu sekali kan. Maksud saya badan awak pernah tak masuk angin? Lol. Kalau tak masuk angin camner nak keluar kentut kan?

Put. Put.

Hehe.

Awak pernah rasa tak? Errr. Masuk angin camner? Camner ek nak jawab. Ehmmm. Alaaaa yang macam orang tua tua duk sendawa tu. Erk. Erk. Tu. Badan orang tua kan selalu masuk angin.

Saya pun pernah rasa situasi pelik camnie. Pernah rasa? Maksudnya saya nie tua ah?

Errrr.

Heehehhe. Masa tu masa final exam time degree dulu. Esoknya ada paper. Paper taff pulek tu. Adeh. Tengah tengah study tetiba badan saya terasa berat sekali. Time tu saya sorang yang study dalam bilik. Makin lama makin berat badan nie. Rasa macam kena tindih dek 'something' jek.

Apa yang saya baca pulak semuanya hampeh. Tak melekat kat kepala hotak. Time tu baru jek pukul sepoloh malam. Memember serumah semua sibuk study kat luar bilik. Saya bingkas bangun keluar bilik bawak buku.

Terus study kat luar bilik. Adeh. Badan saya masa tu betul betul rasa berat gile. Saya rasa seram seram jek. Tapi still tak nak cakap kat memember. Then masuk bilik balik. Rasa macam nak kena mandi ni. Lepas jek mandi saya hambik wudu`. Sembahyang sunat dua rakaat. Pastu try study balik.

Adeh. Still sama. Kepala hotak ni terasa jem sungguh sungguh. Betul betul dah rasa macam kena tindih. Terasa bahu nie berat yang teramat sangat. Terus hambik Quran. Baca Yassin. Lepas baca Quran try nak study lagi.

Adeh. Hampeh jugak. Terus tarik selimut nak try tidur. Tapi tak boleh.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhh.

Kenapa nie? Kenapa nieeeeeeeeee?

Saya mati mati ingat saya dah nak mati. Macam macam dalam kepala nie duk pikir.

Tengok jam dah pukul tiga pagi. Hah. Dah pukul tiga pagi??

"Habislah paper nie esok. Haprak pun aku tak study lagi. Naseb paper tu potang. Adoiiiiii."

Saya bermonolong sendirian comel.

Duk kejap tu saya keluar bilik. Cakap kat salah seorang member saya yang kepala saya terasa berat sangat. Badan ni lagi ah terasa berat. Tak tahu nape.

Apalagi member saya tue terus hambik minyak hangin. Urut kepala badan saya nie. Peh. Keluar habis angin yang tersimpul mati dalam badan saya nie. Sendawa tok sah duk cakap ah. Sepanjang malam tu saya sendawa sampailah ke siang. Nasib jiran tetangga tak dengar. Kalau tak malu den.

Memang terus tak dapat tidur.

Sekarang asal terasa badan ni berat jek terus picit bahagian tu. Keluar ah angin tu. Memang best. Rasa lega. Puas. Aaahhhhh.

Saya dah pernah rasa badan masuk angin. Awak hado?;)

Hati kechixx: Angin kalau di simpan lelama nanti kentut haprak seluruh kampunglah jawabnya. Heh?

No comments: