dashbrd

ushar

facebooktwitter



:kechixx©: Headline Animator

Saturday, March 3, 2012

TErsentuh di majlis farewell saya!

CIMB staff (Plaza Centro Klang;)
Lav u all!;)

Mata memandang tepat ke jam yang tersidai comel di dinding. Oh. Dah pukul empat setengah petang. Pintu CIMB branch saya slow slow di tutup oleh abang pak guard. Perasaan saya mula berbaur baur belacan. Eh. Eh.

Hehe.

Semalam Jumaat tanggal dua march duribanduabolaih maka berakhirlah khidmat saya di CIMB Plaza Centro Klang. Memang sebak jugak masa saya bagi speech terakhir. Siyesly sebak sangat! Rasa tersentuh sangat hati jiwa jantung nie. Berair mata masa speech tu. Sobsobsss.

Almost one year saya kerja di CIMB. First job yang memang mencabar dan terlalu banyak memori saya di CIMB. Dari zero experience dalam banking sehinggalah saya mula memahami isi hati bank. Wah. Gituww!

Heheeee.

Pengalaman yang paling saya tak boleh lupa sepanjang kerja di CIMB Centro Klang ketika mula mula saya masuk dulu saya kena handle satu company customer di PJ. Ketika itu saya kena pergi kerja dari pukul enam pagi sampailah ke satu pagi. Memang masa tu hidup saya tak terurus di buatnya. Nasib masa tu saya belom kawinkawin. Sampai housemate saya tegur saya " Susah betul aku nak jumpa kau"


Tapi itulah di katakan pengalaman. Pengalamanlah yang akan mendewasakan kita. Pengalaman itu jugalah yang akan mematangkan kita. Dan pengalaman itulah yang akan membesarkan kita.

Eh. Jap. Masalahnya sekarang saya tak membesar besar pun sampai sekarang. Makin mengembang adalah kot. Oke. Tukar ayat sikit. Pengalamn itulah yang akan mengembangkan kita. Boleh?

Hehehe.

Bak kata omputeh bernama Julius "Experience is the teacher of all things"

Apakepompom. Thanks untuk semua staff CIMB Plaza Centro(Boss Ming, AM Sheela Dato' Karuthu, Jenny, Kak Siti, Abang Khalil, Kak Yanti, Kak Anita, Abang Azanal, Kamala, Hana, Kak Pah, Ijal, Cheong dan Yatt) di atas segala tunjuk ajar, support dan memori sepanjang saya berkhidmat di sana.Thanks sangat sangat! Gonna miss you all!!;););)

Okelah. Baiiiii.

Hati kechixx: Thanks jugak untuk Kak Milah sebab selalu buat air neskepi untuk saya setiap hari;);)
Daun pisang daun keladi..kalau sudi komen sepoloh kali..

1 kata w0w!:

Sam Banjamin said...

sayonara... teruskan penghidupan dengan tabah... pengakhiran itu kadangkala satu permulaan bagi satu episod baru yang tambah gemilang.... mudah-mudahan...

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/sayangggg-mak-dara.html

zul a.k.a sam banjamin
(founder of gerila penulisan kreatif)