Pages

nuffnang

Wednesday, June 20, 2012

Minum air gula ketika mengandung?

Pergi klinik kesihatan kerajaan. Check itu ini. Then nurse tanya:

"Dalam family ada sesape yang kencing manis?"

"Ayah saya"

"Ooooo. Kalau macam tu saya nak awak puasa dulu bermula pukul 10 malam malam 30/05/2012. Nanti awak kena minum air gula pukul lapan pagi pada 31/05 tu. Lepas awak minum air gula tu awak kena puasa lagi selama dua jam. Kalau awak muntah dalam masa dua jam tu awak kena buat appointment lain untuk minum sekali lagi air gula. Oke?"

Saya hanya menganggukkan kepala tanda menurut perintah.

Duk fikir fikir air gula kebenda? Nurse cakap bila minum air gula tu nanti dapat detect samada saya ni ada kencing manis ke tak. Sebab biasanya ibu mengandung memang mudah di jangkiti kencing manis.

Pukul 10 malam 30/05 tu saya pun mulalah berpuasa. Then saya ada tanya abang saya yang doktor jugak samada masa saya puasa tu boleh tak saya minum air masak? Sebab sejak mengandung ni saya asyik nak minum air je. Abang saya yang doktor tu cakap boleh. Tak dek effect pun bila nak test kencing manis. Malam tu saya minumlah air masak.

Esokkan paginya jam lapan pagi tepat saya jumpa nurse tu. Dia tanya:

"Puasa tak semalam?"

"Puasa. Tapi saya ada minum air masak semalam"

Sekali nurse tu marah marah saya. Adeh. Garangnya makcik ni. Gigit kang. Haha.

"Awak tak pernah puasa ke? Kalau puasa kan mana boleh minum air masak. Nanti batallah puasa tu. Ni kalau awak nak minum air gula hari ni sure result air gula awak tak tepat gara gara awak minum air masak. Lain kali belajarlah nak puasa. Air gula tu bukannya sedap. Tak sedap."

Adeh. Saya diam je lah bila kena marah macam tu. Tapi menurut abang saya yang doktor tu memang boleh ambik test gula even kita minum air masak. Sebab test gula tu tak kan terpesong di sebabkan minum air masak. Lagipun abang saya tu memang selalu jugak merawat ibu ibu mengandung.

Nak tak nak saya terpaksa akur. Next appointment untuk minum air gula 28/06 ni. Memang kali ni kena puasa. Dah tak leh nak bukak periuk kat dapur. Hehe.

Ce mana rasa air gula pun saya tak tahu. Ada member saya cakap macam minum air gula semata mata. Manisnya yang teramat sangat! Satu gelas pulak tu. Tunggu je lah 28/06 ni. Harap semuanya oke. InsyaAllah.

Hati kechixx: Kalau dapat minum air fresh oren kan best wahai Puan Nurse. ;')


1 comment:

oren merah said...

apesal nurse garang sangat?seriauu la plakkkk