Pages

nuffnang

Wednesday, June 20, 2012

Muntah.

Setiap saat ketika minit jam berdetik perut ini terasa lapar. Walhal baru sahaja di telannya koko krunch dengan susu segar. Tapi itulah. Lepas je telan perut rasa tak sedap sedap. Mual mual. Terus muntah balik keluar koko krunch yang dah pudar warnanya bersama susu yang dah tak berapa nak segar. Baunya pun agak memeningkan. Muntah muntah sampai merah muka. Berkali kali muntah. Habis semua isi koko krunch dan susu segar di luahkan balik. Alhamdulillah suami sentiasa di sisi.

Esokkannya masa petang hari makan maruku. Mulut ini asyik ingin mengunyah sesuatu. Mungkin inilah yang pernah di alami oleh ibu ibu mengandung di luar sana. Telan maruku sambil mengadap televisyen. Glup glup telan maruku. Sedap sangat. Tak sampai setengah jam mula rasa mual. Terus berlari ke bilik air. Muntah keluar balik maruku yang belum sempat di hadam sebaiknya. Banyak. Memang banyak. Merah muka akibat tenaga yang di gunakan untuk muntah. Baunya pun agak memeningkan. Alhamdulillah suami sentiasa di sisi.

Paling teruk saya pernah alami muntah muntah sepanjang mengandung ini ialah pada ketika jam lima pagi. Perut saya sakit yang teramat sangat. Tuhan je tahu betapa sakit dan menggelupurnya saya ketika itu. Menangis tahan sakit. Suami pun takut melihat kesakitan yang saya alami pagi itu. Berulang alik ke toilet. Muntah muntah.   Dan ada ketika tak sempat nak ke toilet terus muntah atas katil. Keluar apa pun saya tak pasti. Badan makin lemah. Tak larat sungguh rasanya pagi itu. Tiga jam perut ini kesakitan yang amat sangat. Lepas tiga jam barulah dapat rehat setelah berhempas pulas muntah muntah. Alhamdulillah suami sentiasa di sisi.



Inilah dugaan seorang ibu mengandung. Namun saya tetap tersenyum. Nabi SAW bersabda: 'Senyum dapat pahala sedekah'. Dengan senyum kita boleh memberi kekuatan dan semangat agar kita ini dapat menempuh segala ujian dari Allah. Yang penting anak dalam perut saya ni sihat. Itu yang paling penting bagi saya. Keadaan saya adalah perkara kedua yang saya akan fikirkan;')

Menurut satu pendapat Prof. Datuk Dr. Hamid Arshat:

Seseorang wanita mengandung yang mengalami loya dan muntah sebenarnya bagus. Maknanya hormon kandungannya tinggi dan kalau tiada tanda, kadang kadang kandungan boleh terancam dan menghadapi banyak masalah.


Hati kechixx: Paling mual bila bau susu. Busuk sangat;')

1 comment:

kaki bola said...

jangan risau,anak itu rezeki,muntah2 ni ujian sebab nak dapat benda yang lagi baik.