Pages

nuffnang

Wednesday, July 4, 2012

Hemoglobin rendah. Sobssss.

Lepas ambik darah hari tu terus rasa macam nak pitam. Dua kali ambik darah. Then kena tunggu turn lagi untuk jumpa doktor. Rasa risau jugak. Sambil sambil tunggu turn tu saya belek belek buku merah saya. Buku merah tu apa? Buku merah tu bukan pasport ye adik adik. Hehe.

Buku merah jangan lupa bawa moga moga belum tamat tempohhhh..

Ceh. Menyanyi senang hati yea ibu mengandung nie.

Hehehe.



Ekceli buku merah tu ialah sama dengan buku rekod ibu mengandung. So ibu ibu mengandung memang wajib buat buku merah ni untuk merekodkan kesihatan ibu ibuk sekalian yea. Dulu masa mula mula tahu pregnant saya pun blur pasal buku merah nie. 

Hehe.

Belek belek buku merah tu terkejut tengok result hemogloblin saya. Paling minimum sepatutnya HB ibu ibu mengandung ialah 11. Paling oke 13. Tapi HB saya 8! Rendah sangat! Risau sangat. Bukan risaukan kesihatan saya tapi saya lebih risaukan kesihatan dan perkembangan baby saya dalam kandungan ni. (╥﹏╥)

Dalam duk tak tentu arah tu number giliran saya tiba. Saya masuk bilik doktor tu. Dia belek belek buku merah saya. Lalu terkejut dengan keputusan HB saya. 

"HB awak ni rendah sangat. Kenapa rendah sangat ye? Awak ada pening pening ke? Muntah muntah? Letih?"

"Saya memang selalu muntah muntah. Tapi sekarang dah oke sikit. Cuma masih loya loya. Kadang kadang saya pening. Tapi memang saya letih je"

"Patutlah HB awak rendah. Awak tahu tak bila HB rendah nie ia akan membahayakan baby dan awak"

Doktor tu mengeluarkan sekeping kertas.

"HB rendah nie juga di kenali sebagai Anemia. Awak tengok ni"

Doktor tu menghulurkan sekeling kertas kecil ke arah saya. 



Perasaan saya ketika itu sangat sangat cuak. Allah je yang tahu. 

"Awak ada talasemia ke?"

"Dulu masa sebelum kawin saya ada check. Saya hanya pembawa sahaja. Tapi husband saya memang tak de"

"Ooooo patutlah HB awak rendah. Biasanya ibu mengandung yang pembawa atau pengidap talasemia ni HB dia memang rendah dan susah nak naik. Oke. Tadi awak dah ambik darah kan?"

Saya hanya menganggukkan kepala.

"Oke sekarang awak pergi ambik darah lagi. Yang ni untuk check sekali lagi HB awak"

Terkejut kot saya dengar bila doktor tu suruh saya pergi ambik darah lagi sekali. Pagi tadi dah lah puasa sebab nak minum air gula. Then dengan perut kosong tak makan apa apa lagi kena ambik darah pulak buat kali ketiga. Tapi saya hanya menurut perintah. 

Sesampai bilik tempat ambik darah tu nurse yang pagi tadi cakap:

"Aik. Tak kan awak nak ambik darah lagi?"

"Doktor suruh saya ambik darah lagi sekali. Tapi boleh tak Cik Nurse ambik darah kat tangan saya sebelah kiri pulak. Sebab pagi tadi dah dua kali kat tangan kanan ni"

Nurse tu pun terus ambik darah saya. Seriyesly masa tu saya betul betul nak pitam. Dah pening menggeletar badan saya nie. 

Lepas check check semua memang terbukti HB saya rendah. Saya memang risau sangat. Risau keadaan baby dalam perut saya. Saya sentiasa doakan agar baby membesar dengan sihat dan sempurna serta di panjangkan umur. Dan doktor suruh pulak saya datang esok (05/07/2012) untuk ambik darah lagi sekali sebab darah saya tu akan di bawa ke hospital besar. 

Sekarang memang saya lebih banyakkan makan hati, buah jambu, sayur bayam, dan iron tablet yang di beri oleh doktor. Harap sangat segala galanya oke. Amin. Amin. Amin. Amin Ya Allah.

Hati kechixx: Risau sangat keadaan baby.

No comments: